AWAS! UBAT GIGI YANG SALAH JUGAK PENYEBAB SAKIT JANTUNG

AWAS! UBAT GIGI YANG SALAH JUGAK PENYEBAB SAKIT JANTUNG. Apa kaitan ubat gigi dengan penyakit jantung pulak ni?? Jauh benar ubat gigi dengan sakit jantung. Ada kaitan sebenarnya sebab mulut ada kaitan dengan gigi,gusi & lidah. Semua tu ada kaitan dengan sakit jantung. Bukan sebab apa yang kita makan je penyebabkan sakit jantung tapi kalau nak tahu apa kaitan ubat gigi dengan penyakit jantung meh baca.



Penyakit gusi yang menjadi penyebab utama orang dewasa kehilangan gigi sebenarnya berkait rapat dengan penyakit jantung dan kencing manis yang merupakan antara pembunuh utama di dunia. Menurut Pakar Periodontal dan Bedah Gigi, Dr. Yong Hui Ping, kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia berdepan dengan masalah gusi dengan lebih 30 peratus berada di tahap serius.  Penyakit gusi bermula dengan pengumpulan plak bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ia akan menyebabkan gusi mengalami radang lalu bertukar merah dan teksturnya lembik. Gusi terasa pedih kerana membengkak dan mudah berdarah semasa menggosok gigi, makan mahupun ketika menelan air liur. Jika keadaan ini berterusan tanpa rawatan, bakteria di dalam mulut akan memakan sisa makanan kemudian merembeskan toksik yang akan menyebabkan gusi lekang daripada gigi, seterusnya membentuk lekuk antara gigi dan gusi.Ramai menganggap warga emas atau orang dewasa sahaja yang mendapat penyakit ini. Tanggapan itu salah sama sekali kerana plak dan bakteria yang dibiarkan membiak dalam mulut selama bertahun-tahun mampu menyerang gusi tanpa mengira faktor usia. Ramai juga remaja yang menghidap periodontitis. Berdasarkan kajian oleh pasukan penyelidik yang diketuai Dr. Arne Schaefer dari Universiti Kiel, Jerman, didapati wujud persamaan antara kuman yang ditemui pada rongga mulut dengan kuman yang ada di plak-plak koronari jantung. Ini bermakna kuman di dalam gusi bermasalah akan memasuki saluran darah. -sumber Kosmo! Online-

Jadi penggunaan Ubat gigi yang betul sangat penting. Penggunaan Ubat gigi bukan hanya berfungsi mencuci gigi.. Tapi haruslah mempunya fungsi membersih lidah & gusi supaya tidak berlaku pengumpulan bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan macam - macam penyakit seperti sakit jantung ni. Kalau guna ubat gigi yang tiada fungsi membersih lidah & gusi mungkin itu jugak penyebabkan bakteria berkumpul dalam mulut. Jadi kalau korang tak tau nak cari ubat gigi yang macam mana paling sesuai untuk memastikan bakteria tidak terkumpul dalam mulut jom tengok kat sini >> Jom tengok Bagaimana Anda ingin Pastikan Mulut Anda Sentiasa Bersih <<

Moral of the story..Setiap anggota badan kita ni ada fungsi & berkaitan rapat dengan semua organ lain . Kalau kita hanya jaga muka tapi tempat2 tertutup yang lain kita abaikan mungkin benda tu bagi kesan pada bahagian2 tubuh yang lain. Jadi jangan muka je cantik bila senyum gigi rompong. hahahaha
Share this article :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "AWAS! UBAT GIGI YANG SALAH JUGAK PENYEBAB SAKIT JANTUNG"

Salam Suria,

Moral of the story kita pengguna kena selalu peka dengan apa saja produk yang digunakan.. Sekarang kemusykilan kena rujuk mereka yang pakar.. :-)

Thank you for sharing..

gigi yang sihat dan bersih akan membawa kebaikan kepada kita....

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top