VIRAL! GAMBAR PENGANTIN JAWA MAKEUP MACAM OPERA CINA

VIRAL! GAMBAR PENGANTIN JAWA MAKEUP MACAM OPERA CINA. Ternampak ada page post satu gambar pengantin dari orang jawa, Indonesia. Terkejut tengok makeup dia. Admin page tu pun caption dia macam menganjing makeup pengantin tu sambil menyindir mungkin bayar andam murah atau andam tu berdendam dengan pengantin. Aku pun mula2 pelik jugak takkan la tahap macam tu nak dajalkan pengantin. Kesian pulak tengok rupa dia. Dah la untuk hari bahagia dia.


Rupanya bila baca salah satu komen, memang makeup dah menjadi tradisi orang jawa kat situ makeup macam tu. Bukan pasal kena dajal dengan mak andam bagai. Tu la sebelum nak buat spekulasi atau nak gelakkan orang kaji dulu. Lain tempat lain budaya & cara termasuk makeup. Kau pernah tengok pengantin orang asli makeup macam retis malaysia kawen? Takde kan? Sebab tu budaya & adat mereka. Cantik di pandangan mata setiap kaum tak sama. Walaupun kita nampak macam kelakar tak mustahil depa tengok cara kita makeup pun kelakar jugak.


Moral of the story tak payah nak gelakkan orang sangat. Sekarang ni pun banyak badut yang perasan lawa dengan kening sin chan. Tu pun ada hati nak gelakkan muka orang. hehehe
Share this article :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "VIRAL! GAMBAR PENGANTIN JAWA MAKEUP MACAM OPERA CINA"

Hihi....betul gak tu Suria....kotnya depa gelak guling guling tengok solekan pengantin kita ....

Yelah...Agaknya depa rasa kalau bedak tu tak putih tak meletoplah kot haha....

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top