PESERTA PERHIMPUNAN BAJU MERAH MULA BERGERAK KE IBUKOTA

PESERTA PERHIMPUNAN BAJU MERAH MULA BERGERAK KE IBUKOTA. Esok seperti yang kita sedia maklum akan di adakan perhimpunan aman di ibu kota kuala lumpur. Perhimpunan yang di kenali sebagai Perhimpunan baju merah atau Perhimpunan Rakyat Bersatu yang di anjurkan oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Kawasan yang terlibat adalah sekitar ibu kota termasuk petaling street yang akan menutup operasi esok bagi langkah keselamatan.


Tadi ternampak kat news feed FB aku peserta perhimpunan Baju Merah dari kelantan dah mulakan perjalanan ke Ibu kota untuk menyertai perhimpunan tu esok. Amboi kemain menyerlah depa dengan baju merah berkonvoi. Baju merah menguasi jalan la malam ni kan sebelum esok menguasi KL pulak.

Sejak Pakcik Najib jadi PM ni inilah yang berlaku tapi syabas pakcik najib sebab tetap teguh dengan jawatan PM & bertegas tidak akan letak jawatan. memang semangat pahlawan pakcik najib ni sangat kuat kan? Tak luntur setakat perhimpunan macam tu. Rasanya kena fikir cara lain la untuk mendesak pakcik kita letak jawatan. Cara berhimpunan macam tu dah tak effective malah mungkin menyusahkan orang lain pulak. Orang yang cari makan di kawasan sekitar mungkin sedikit terjejas dengan perhimpunan macam ni. Tapi sebenarnya perhimpunan tujuan dia apa yer... hahaha aku sendiri pun tak sure. Tapi dia punya slogan ada kaitan dengan mengangkat Maruah bangsa melayu.. camtu la.

Aku tak tau geng baju merah ni di pihak mana tapi kalau sesuatu yang di buat untuk kebaikkan semua rakyat Malaysia aku sokong kalau setakat untuk kepentingan sesatu pihak je malas nak layan. Selagi kena bayar GST selagi tu aku tak puas hati. hahahaha
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "PESERTA PERHIMPUNAN BAJU MERAH MULA BERGERAK KE IBUKOTA"

Terima Kasih Sudi Komen Di Sini
 
Template By. Kunci Dunia Designed by sensasi2020
Back To Top